Kn. P.U. 10/2000
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 2000
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Kaedah 2. Tafsiran

Dalam kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain

"Daftar" ertinya Daftar Peguam Syarie yang disebut dalam kaedah 13;

"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Mahkamh Syariah 1982;

"Jawatankuasa" ertinya Jawantankuasa yang berkelayakan dan Tatatertib Peguam Syarie yang ditubuhkan di bawah kaedah 3;"Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik dibawah perenggan 7 (1) (d) Enakmen;

"Mahkamah atau "Mahkamah Syariah" Mahkamah rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Kelantan yang ditubuhkan di bawah perenggan 8 (1) (c) dan (b) Enakmen masing-masingnya;

"Mahkamah Rayuan Syariah" ertinya Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri kelantan yang ditubuhkan di bawah perenggan 8 (1) (a) Enakmen;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994;

"peguambela dan peguamcara" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam akta Profesion Undang-Undang 1976;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie dibawah kaedah 8;

"Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah perenggan 7 (1) (c) Enakmen;

"peperiksaan" termasuklah ujian lisan;

"peperiksaan Sijil Peguam Syarie" ertinya peperiksaan yang dijalankan di bawah kaedah 7.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.