Kn. P.U. 10/2000
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 2000
BAHAGIAN IV - TATATERTIB




Kaedah 21. Peguam Syarie boleh memohon supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar

(1) Mana-mana Peguam Syarie boleh, tertakluk kepada keadah ini, memohon kepada Jawatankuasa supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar.

(2) Tiap-tiap pemohon itu hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan itu didengar.

(3) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, mengkehendaki Peguam Syarie itu menyiarkan suatu notis permohonannya supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar mengikut apa-apa cara atau bentuk yang diarahkan oleh Jawatankuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.