Kn. P.U. 10/2000
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 2000
BAHAGIAN IV - TATATERTIB




Kaedah 17. Aduan terhadap seseorang Peguam Syarie

(1) Apa-apa aduan mengenai kelakuan mana-mana Peguam Syarie atas sifat profesionalnya hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa.

(2) Mahkamah atau Pendakwa Syarie boleh, pada bila-bila masa merujukkan kepada jawatankuasa apa-apa maklumat yang menyentuh kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.