Kn. P.U. 11/2007
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL (SULH) 2007




Kaedah 5. Tatacara sulh

(1) Sulh hendaklah diadakan dalam suatu Majlis yang dihadiri oleh semua pihak yang terlibat dan dipengerusikan oleh Hakim atau Pendaftar yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie bagi maksud itu.

(2) Dalam Majlis Sulh, tiap-tiap pihak hendaklah hadir sendiri dan tiada Peguam Syarie boleh hadir bagi sesuatu pihak dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh seorang lain tanpa kebenaran Pengerusi.

(3) Pengerusi hendaklah di mana-mana mungkin membantu pihak-pihak untuk mencapai penyelesaian dalam pertikaian yang menjadi hal perkara sulh tersebut dan hendaklah memberi peluang untuk didengar kepada tiap-tiap pihak, boleh mengambil keterangan daripada pihak-pihak itu, menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan dan boleh, jika difikirkan perlu, menangguhkan Majlis itu dari semasa ke semasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.