Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN V - HUKUMAN




Kaedah 41. Penurunan gaji.

(1) Jawatankuasa Tatatertib boleh mengenakan suatu hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai atau pengkhidmat mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut:

(2) Tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai atau pengkhidmat yang ke atasnya hukuman penurunan gaji dikenakan hendaklah diubah kepada tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas tempoh hukuman itu tamat.

(3) Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang ke atasnya hukuman penurunan gaji dikenakan tidaklah berhak mendapat apa-apa pergerakan gaji bagi tempoh dan sepanjang tempoh yang dalamnya hukuman itu berkuatkuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.