Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB
Prosedur Dalam Kes Jika Pegawai Atau Pengkhidmat Tidak Hadir Tanpa Cuti Dan Tidak Boleh Dikesan




Kaedah 30. Akibat tidak hadir tanpa cuti selepas pemberitahuan dalam Warta.

(1) Jika pegawai atau pengkhidmat itu melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran pemberitahuan dalam Warta, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah rnemulakan tindakan tatatertib mengikut kaedah-kaedah ini.

(2) Jika pegawai atau pengkhidmat itu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyiaran pemberitahuan dalam Warta, pegawai atau pengkhidmat itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan mulai dari tarikh dia tidak hadir tanpa cuti.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.