Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB
Prosedur Dalam Kes Jika Pegawai Atau Pengkhidmat Tidak Hadir Tanpa Cuti Dan Tidak Boleh Dikesan




Kaedah 31. Perlucuthakan emolumen kerana ketakhadiran.

(1) Jika seseorang pegawai atau pengkhidmat didapati bersalah kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah, segala emolumen bagi apa-apa tempoh yang dia tidak hadir hendaklah dilucuthakkan walaupun Jawatankuasa Tatatertib tidak mengarahkan perlucuthakan itu.

(2) Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang emolumennya dilucuthakkan di bawah kaedah ini hendaklah diberi notis secara bertulis mengenai perlucuthakan tersebut.

(3) Bagi maksud kaedah ini, pelucuthakkan emolumen bukanlah suatu hukuman tatatertib dalam pengertian kaedah 38.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.