Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 11. Menyeggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian lain yang sah.

(1) Jika Ketua Jabatan berpendapat bahawa seseorang pegawai atau pengkhidmat adalah atau ternyata-

Ketua Jabatan hendaklah, melalui notis secara bertulis, memanggil pegawai atau pengkhidmat itu supaya memberi penjelasan secara bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana dia boleh menyenggara taraf kehidupan tersebut atau bagaimana dia telah mendapat sumber-sumber kewangannya atau hartanya.

(2) Ketua Jabatan hendaklah, apabila diterima penjeIasan di bawah subkaedah (1) atau, jika pegawai atau pengkhidmat itu tidak memberi apa-apa penjelasan dalam tempoh yang ditentukan, apabila tempoh itu tamat, melaporkan kepada Jawatankuasa Tatatertib dengan melampirkan penjelasan pegawai atau pengkhidmat itu, jika ada. Jawatankuasa Tatatertib boleh sesudah itu mengambil tindakan tatatertib atau apa-apa tindakan lain terhadap pegawai atau pengkhidmat itu yang difikirkannya patut



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.