Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 23. Ketakhadiran.

(1) Ketakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai atau pengkhidmat dikenakan tindakan tatatertib.

(2) Jika seseorang pegawai atau pengkhidmat tidak hadir daripada bertugas, Ketua Jabatan hendaklah, dengan seberapa segera, melaporkan fakta itu kepada Jawatankuasa Tatatertib berserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan ketakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki berkenaan dengan pegawai atau pengkhidmat itu.

(3) Jawatankuasa Tatatertib boleh, setelah menimbangkan laporan dalam subkaedah (2), mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai atau pengkhidmat itu mengikut kaedah 27 atau 28.

(4) Bagi maksud kaedah ini, "ketakhadiran" termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa tempoh masa pun pada satu-satu masa dan tempat di mana pegawai atau pengkhidmat itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.