Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB
Prosedur Dalam Kes Jika Pegawai Atau Pengkhidmat Dipertuduh Dalam Mahkamah Jenayah Atau Dikenakan Perintah Tahanan, Buang Negeri, Dsb.




Kaedah 36. Prosedur jika terdapat perintah tahanan, buang negeri, dsb.

(1) Jika-
di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis, Ketua Jabatan hendaklah memohon untuk mendapatkan suatu salinan perintah itu daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Apabila diterima suatu salinan perintah itu, Ketua Jabatan hendaklah dengan segera mengemukakannya kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah dengan serta-merta menggantung pegawai atau pengkhidmat itu daripada menjalankan tugasnya.

(2) Ketua Jabatan hendaklah menghantar suatu laporan kepada Jawatankuasa Tatatertib berserta dengan rekod perkhidmatan pegawai atau pengkhidmat itu, dan hendaklah mengesyorkan sama ada pegawai atau pengkhidmat itu patut-

bergantung kepada takat yang pegawai atau pengkhidmat itu telah memburukkan nama Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.