Kn. P.U. 08/89
KAEDAH-KAEDAH HUKUMAN SEBAT 1987




Kaedah 11. Pukulan sebat dengan menggunakan rotan yang lebih ringan

Tertakluk kepada peruntukan kaedah 10 (2) dan 10 (3), jika pukulan sebat tidak dapat dijalankan sebahagian daripadanya atau semua sekali, maka pesalah hendaklah ditahan atau dibebaskan dengan jaminan sehingga Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu menyemak semula laporan pegawai perubatan yang memeriksa pesalah itu dan Mahkamah yang tersebut bolehlah menimbangkan sama ada menunggu sehingga pesalah itu sembuh, jika ada harapan untuk sembuh atau, jika tidak ada harapan untuk sembuh, menjalankan pukulan sebat itu:

Dengan syarat bahawa rotan yang digunakan ke atas pesalah yang tidak ada harapan untuk sembuh adalah ringan dan lebih kecil daripada yang ditetapkan di bawah kaedah 6.

Bertarikh pada 18hb Mei 1987.
[SUK. (Kn.) 335/50/IV.]
KAMARUDDIN BIN HAJI MOHD. ZIN,
Setiausaha,
Majlis Mesyuarat Kerajaan,
Kelantan



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.