Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN VII - PELBAGAI




Kaedah 50. Penyampaian notis, dokumen, dsb.

(1) Tiap-tiap pegawai atau pengkhidmat hendaklah memberi Ketua Jabatannya alamat kediamannya atau apa-apa perubahan alamat itu yang akan menjadi alamatnya bagi maksud menyampaikan kepadanya apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki disampaikan di bawah kaedah-kaedah ini atau bagi maksud memberitahunya mengenai apa-apa perkara berhubungan dengan kaedah-kaedah ini.

(2) Apa-apa dokumen, notis atau apa-apa komunikasi yang ditinggalkan di, atau diposkan melalui pos biasa ke alamat bagi penyampaian yang diberikan di bawah subkaedah (1) hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu dengan sewajarnya kepada pegawai atau pengkhidmat itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.