Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB
Prosedur Dalam Kes Jika Pegawai Atau Pengkhidmat Dipertuduh Dalam Mahkamah Jenayah Atau Dikenakan Perintah Tahanan, Buang Negeri, Dsb.




Kaedah 32. Prosedur jika prosiding jenayah dimulakan.

(1) Seseorang pegawai atau pengkhidmat hendaklah dengan serta­merta memaklumkan kepada Ketua Jabatannya jika apa-apa prosiding jenayah dimulakan terhadapnya dalam mana-mana mahkamah.

(2) Jika prosiding jenayah dimulakan terhadap seseorang pegawai atau pengkhidmat, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan suatu laporan daripada Pendaftar Mahkamah atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah yang dalamnya prosiding itu dimulakan-
(3) Jika Ketua Jabatan mengetahui bahawa prosiding jenayah telah dimulakan dalam mana-mana mahkamah terhadap seseorang pegawai atau pengkhidmat yang sedang berkhidmat di bawahnya, dia hendaklah mendapatkan suatu laporan yang mengandungi maklumat yang disebutkan dalam perenggan (2) (a) daripada Pendaftar Mahkamah atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah dan hendaklah menghantarkannya kepada Jawatankuasa Tatatertib berserta dengan syorya tentang sama ada atau tidak pegawai atau pengkhidmat itu patut ditahan daripada kerja atau tidak.

(4) Setelah menimbangkan laporan tersebut dan syor Ketua Jabatan itu, Jawatankuasa Tatatertib boleh mengambil tindakan untuk menahan kerja pegawai atau pengkhidmat itu mengikut kaedah 44.

(5) Jika prosiding jenayah terhadap seorang pegawai atau pengkhidmat berkeputusan dengan sabitannya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah, sama ada pegawai atau pengkhidmat itu merayu atau tidak terhadap sabitan itu, menggantung pegawai atau pengkhidmat itu daripada menjalankan tugas-tugasnya mulai dari tarikh sabitannya, mengikut kaedah 46, sementara menunggu keputusan Jawatankuasa Tatatertib di bawah kaedah 37.

(6) Jika seseorang pegawai atau pengkhidmat itu berjaya dalam rayuan terhadap sabitannya dan dibebaskan oleh mahkamah, dia hendaklah dibenarkan menjalankan semula tugasnya dan dia hendaklah dibenarkan menerima apa-apa emolumennya yang tidak dibayar semasa penahanan kerja dan penggantungan kerjanya.

(7) Jika prosiding jenayah terhadap pegawai atau pengkhidmat itu berkeputusan dengan pembebasannya dan tiada rayuan terhadap pembebasan tersebut, pegawai atau pengkhidmat itu hendaklah dibenarkan menjalankan semula tugasnya dan dia hendaklah dibenarkan menerima apa-apa emolumennya yang tidak dibayar semasa penahanan kerjanya. Walau bagaimanapun jika suatu rayuan dibuat terhadap pembebasan tersebut, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah memutuskan sama ada atau tidak pegawai atau pengkhidmat itu patut terus ditahan kerja sehingga rayuan itu diputuskan.

(8) Dalam kaedah ini, perkataan "pembebasan" termasuklah suatu pelepasan yang tidak terjumlah kepada suatu pembebasan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.