Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 8. Hadiah, dsb.

(1) Tertakluk kepada peruntukan kaedah ini, seseorang pegawai atau pengkhidmat tidak boleh menerima atau memberi, atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tak langsung, apa-apa hadiah (sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya) daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang jika-

(2) Ketua Jabatan boleh membenarkan seseorang pegawai atau pengkhidmat menerima surat pujian daripada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukaran pegawai atau pengkhidmat itu dengan syarat bahawa surat pujian itu tidak terkandung dalam bekas yang bernilai.

(3) Ketua Jabatan boleh membenarkan pungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai atau pengkhidmat di bawahnya bagi maksud membuat sesuatu penyampaian kepada seseorang pegawai atau pengkhidmat dalam jabatannya sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan pegawai atau pengkhidmat tersebul atau perkahwinan anak pegawai atau pengkhidmat tersebut atau sempena apa-apa upacara lain yang sesuai.

(4) Jika-

maka hadiah itu boleh diterima secara rasmi tetapi pegawai atau pengkhidmat itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatan yang mengandungi perihalan lengkap dan anggaran nilai hadiah dan dalam hal keadaan yang hadiah itu diterima.

(5) Apabila diterima laporan yang dibuat di bawah subkaedah (4), Ketua Jabatan hendaklah memutuskan sama ada-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.