Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 21. Mengambil bahagian dalam politik.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subkaedah (3), seseorang pegawai atau pengkhidmat dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik, dan khususnya dia tidak boleh-

(2) Seseorang pegawai atau pengkhidmat dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Yang Dipertua.

(3) Walau apa pun perlantikan subkaedah (1), seseorang pegawai atau pengkhidmat yang dibenarkan bercuti sehingga ke tarikh persaraannya bagi maksud menghabiskan semua cutinya yang terkumpul boleh mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti politik dengan syarat bahawa-
(4) Sesuatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah perenggan 3 (a) hendaklah di buat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh pegawai atau pengkhidmat itu dibenarkan bercuti sebelum persaraan.

(5) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh menghalang seseorang pegawai atau pengkhidmat daripada menjadi anggota biasa mana-mana parti politik.

(6) Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang telah diterima menjadi anggota biasa mana-mana parti politik hendaklah memberitahu fakta ini kepada Ketua Jabatannya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.