Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN I - PERMULAAN




Kaedah 3. Tafsiran.

Dalam kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"disabitkan" atau "sabitan" termasuklah suatu dapatan atau suatu perintah yang melibatkan suatu dapatan bersalah oleh sesuatu mahkamah jenayah di Malaysia atau di luar Malaysia, atau oleh mana-mana Mahkamah Syariah, atau oleh sesuatu badan kompeten yang diberikan kuasa untuk menjalankan penyiasatan terus di bawah mana-mana undang-undang bertulis, bahawa orang yang dipertuduhkan atau dituduh itu telah melakukan suatu kesalahan;

"emolumen" ertinya segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai atau pengkhidmat dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain;

"Enakmen" ertinya Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994;

"gaji" ertinya gaji pokok seseorang pegawai atau pengkhidmat;

"Jawatankuasa Tatatertib" ertinya Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah Seksyen 17C Enakmen;

"Ketua Jabatan" ertinya Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua-ketua Bahagian atau Unit, atau mana-mana pegawai yang bertanggungjawab bagi mana-mana Bahagian atau Unit dalam Majlis, atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Yang Dipertua untuk bertindak bagi pihaknya;

"Mahkamah" termasuklah Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Majlis" hendaklah mempunyai erti yang sama dengan yang diberikan kepadanya di bawah Enakmen;

"pegawai atau pengkhidmat ertinya seseorang yang dilantik di bawah Seksyen 17 Enakmen, termasuklah orang-orang yang dalam pekerjaan tetap, sementara atau kontrak tetapi tidak termasuk-

"Yang Dipertua" hendaklah mempunyai erti yang sama dengan yang diberikan kepadanya di bawah Enakmen.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.