Kn. P.U. 08/89
KAEDAH-KAEDAH HUKUMAN SEBAT 1987




Kaedah 10. Pemeriksaan oleh pegawai perubatan

(1) Tiada pukulan sebat boleh dibuat melainkan di hadapan pegawai perubatan yang berugama Islam dan telah mengesahkan bahawa pesalah itu sihat dan layak menerima pukulan itu.

(2) Jika dalam masa menjalankan pukulan itu pegawai perubatan mengesahkan yang pesalah itu tidak boleh lagi menerima pukulan maka ianya hendaklah diberhentikan.

(3) Jika pegawai perubatan mengesahkan yang pesalah tidak sihat maka tindakan di bawah kaedah 11 hendaklah diambil.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.