Kn. P.U. 06/99 KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999
Kaedah 47. Penerimaan emolumen yang tidak dibayar.
Jika prosiding tatatertib terhadap seseorang pegawai atau pengkhidmat-
(a) berkeputusan dengan pegawai atau pengkhidmat itu dibuang kerja, dia tidak berhak kepada mana-mana bahagian emolumen yang tidak dibayar kepadanya semasa penahanan kerjanya atau penggantungan kerjanya; atau
(b) berkeputusan dengan pegawai atau pengkhidmat itu dikenakan suatu hukuman selain daripada buang kerja, pegawai atau pengkhidmat itu boleh menerima apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar kepadanya semasa penahanan kerjanya atau penggantungan kerjanya mengikut budi bicara Jawatankuasa Tatatertib.