Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB
Prosedur Am




Kaedah 28. Prosedur dalam kes tatatertib dengan tujuan untuk buang kerja alau turun pangkat.

(1) Jika Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib mendapati bahawa pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah daripada jenis yang patut dikenakan suatu hukuman buang kerja atau turun pangkat, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah rnenimbangkan segala maklumat yang ada dan, jika didapati bahawa terdapat suatu kes prima facie terhadap pegawai atau pengkhidmat untuk itu dibuang kerja atau diturunkan pangkat, hendaklah mengarahkan supaya suatu pernyataan yang mengandungi fakta-fakta pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan dan apa-apa alasan yang dicadangkan yang berdasarkannya pegawai atau pengkhidmat itu hendak dibuang kerja atau diturunkan pangkat dihantarkan kepada pegawai atau pengkhidmat itu dan pegawai atau pengkhidmat itu hendaklah diminta membuat suatu representasi bertulis, yang mengandungi alasan-alasan yang berdasarkannya pegawai atau pengkhidmat itu bergantung untuk membebaskan dirinya, dalam tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan pertuduhan itu.

(2) Jika, selepas menimbangkan representasi yang dibuat menurut subkaedah (1), Jawatankuasa Tatatertib berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib atau salahlaku oleh pegawai atau pengkhidmat itu tidak patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Jawatankuasa Tatatertib bolehlah mengenakan ke atas pegawai atau pengkhidmat itu apa-apa hukuman yang lebih ringan yang difikirkannya sesuai dan patut.

(3) Jika pegawai atau pengkhidmat itu tidak membuat apa-apa representasi dalam tempoh yang dinyatakan dalam subkaedah (1), atau jika pegawai atau pengkhidmat itu membuat representasi yang tidak dapat membebaskan dirinya sehingga memuaskan hati Jawatankuasa Tatatertib, Jawatankuasa itu hendaklah terus menimbangkan dan meluluskan sama ada untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai atau pengkhidmat itu.

(4) Jika Jawatankuasa Tatatertib berpendapat bahawa kes terhadap pegawai atau pengkhidmat itu menghendaki penjelasan selanjutnya, Jawatankuasa Tatatertib boleh melantik Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri daripada dua orang Ahli Majlis atau tidak kurang daripada dua orang pegawai atau pengkhidmat Majlis yang lebih kanan daripada pegawai atau pengkhidmat yang di bawah penyiasatan.

(5) Ketua Jabatan pegawai atau pengkhidmat yang di bawah penyiasatan itu tidak boleh menjadi anggota Jawatankuasa yang dilantik di bawah subkaedah (4).

(6) Jawatankuasa Penyiasatan yang dilantik di bawah subkaedah (4)-

(7) Jika saksi-saksi dipanggil dan diperiksa oleh Jawatankuasa Penyiasatan itu, pegawai atau pengkhidmat itu hendaklah diberi peluang untuk hadir dan untuk menyoal saksi-saksi itu bagi pihak dirinya sendiri dan tiada keterangan dokumentar boleh digunakan terhadapnya melainkan jika pegawai atau pengkhidmat itu telah sebelum ini dibekalkan dengan suatu salinan keterangan dokumentar itu atau diberikan akses kepadanya.

(8) Jawatankuasa Penyiasatan itu boleh membenarkan Majlis atau pegawai atau pengkhidmat itu diwakili oleh seseorang pegawai atau pengkhidmat dalam perkhidmatan Majlis atau, dalam kes yang luar biasa, oleh seorang peguambela dan peguamcara dan, tertakluk kepada apa-apa penangguhan yang munasabah dan perlu untuk memboIehkan pegawai atau pengkhidmat itu sendiri membentangkan kesnya, Jawatankuasa Penyiasatan boleh menarik balik keterangan itu pada bila-bila masa:

Dengan syarat bahawa jika Jawatankuasa Penyiasatan itu membenarkan Majlis diwakili, ia hendaklah juga membenarkan pegawai atau pengkhidmat itu untuk diwakili dengan cara yang sama.

(9) Jika, semasa menjalankan penyiasatan itu, alasan-alasan selanjutnya bagi pembuangan kerja atau penurunan pangkat pegawai atau pengkhidmat itu telah didedahkan, Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah memberitahu alasan-alasan tersebut kepada Jawatankuasa Tatatertib; dan jika Jawatankuasa Tatatertib fikirkan patut untuk meneruskan tindakan terhadap pegawai atau pengkhidmat itu berdasarkan alasan-alasan itu, pegawai atau pengkhidmat itu hendaklah diberi suatu pernyataan bertulis rnengenai alasan-alasan tersebut dan prosedur yang dinyatakan dalam subkaedah (1), (2) dan (3) hendaklah diikuti.

(10) Jika seseorang pegawai atau pengkhidmat yang dikehendaki untuk menghadirkan diri di hadapan suatu Jawatankuasa Penyiasatan pada tarikh dan masa yang ditetapkan bagi pendengaran itu gagal menghadirkan dirinya, dan jika tiada aIasan yang mencukupi diberikan bagi suatu penangguhan, Jawatankuasa Penyiasatan itu boleh terus menimbangkan dan memutuskan aduan itu atau ia boleh menangguhkan pendengaran itu kepada suatu tarikh hadapan.

(11) Setelah tamat penyiasatannya, Jawatankuasa Penyiasatan itu hendaklah rnembuat suatu laporan kepada Jawatankuasa Tatatertib. Jika Jawatankuasa Tatatertib itu berpendapat bahawa Iaporan itu tidak jelas dalam apa-apa perkara tertentu atau bahawa penyiasatan selanjutnya adalah dikehendaki perkara itu boleh dirujukkan baIik kepada Jawatankuasa Penyiasatan itu untuk menjalankan penyiasatan selanjutnya dan membuat laporan selanjutnya.

(12) Jika, setelah menimbangkan representasi di bawah subkaedah (1) dan, jika suatu Jawatankuasa Penyiasatan dilantik, setelah menimbangkan Iaporan Jawatankuasa itu, Jawatankuasa Tatatertib mendapati-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.