Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB
Prosedur Dalam Kes Jika Pegawai Atau Pengkhidmat Dipertuduh Dalam Mahkamah Jenayah Atau Dikenakan Perintah Tahanan, Buang Negeri, Dsb.




Kaedah 33. Tanggungjawab Ketua Jabatan jika terdapat sabitan jenayah.

Jika prosiding jenayah terhadap seseorang pegawai atau pengkhidmat berkeputusan dengan dia disabitkan, atau jika rayuannya terhadap sabitan telah ditolak, Ketua Jabatan hendaklah memohon kepada Pendafar Mahkamah atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah untuk mendapatkan suatu salinan keputusan mahkamah itu. Apabila diterima keputusan itu, Ketua Jabatan hendaklah menghantarkannya kepada Jawatankuasa Tatatertib berserta dengan rekod perkhidmatan pegawai atau pengkhidmat itu, dan hendaklah mengesyorkan sama ada pegawai atau pengkhidmat itu patut-

bergantung kepada jenis dan seriusnya kesalahan yang dilakukan berbanding dengan takat yang pegawai atau pengkhidmat itu telah memburukkan nama Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.