Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB
Prosedur Dalam Kes Jika Pegawai Atau Pengkhidmat Tidak Hadir Tanpa Cuti Dan Tidak Boleh Dikesan




Kaedah 29. Pegawai atau pengkhidmat tidak hadir tanpa cuti dan tidak boleh dikesan.

(1) Walau apa pun peruntukan kaedah 50, jika seseorang pegawai atau pengkhidmat tidak hadir tanpa cuti selama tujuh hari berturut-turut dan tidak boleh dikesan, Ketua Jabatan itu hendaklah menyebabkan suatu surat dihantar kepada pegawai atau pengkhidmat itu melalui Pos Berdaftar Akuan Terima ke alamat akhirnya yang diketahui sebagaimana yang diberikan kepada Ketua Jabatan di bawah kaedah 50, mengarahkan pegawai atau pengkhidmat itu melaporkan diri untuk bertugas dengan serta-merta.

(2) Jika, selepas surat itu telah diserahkan-
Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah memulakan tindakan tatatertib mengikut kaedah-kaedah ini.

(3) Jika surat Pos Berdaftar Akuan Terima dikembalikan tak terserah, Ketua Jabatan itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengambil langkah untuk memberitahu dalam Warta bahawa pegawai atau pengkhidmat itu tidak hadir tanpa cuti dan tidak boleh dikesan.

(4) Bagi maksud kaedah ini, jika surat Pos Berdaftar Akuan Terima itu diterima oleh seseorang lain selain daripada pegawai atau pengkhidmat yang dimaksudkan, surat tersebut hendaklah disifatkan tak terserah.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.