Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN V - HUKUMAN




Kaedah 39. Denda atau lucuthak emolumen.

(1) Bagi maksud kaedah-kaedah ini, hukuman denda atau lucuthak emolumen hendaklah dibuat mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut:

(2) Sesuatu pernyataan tahunan hendaklah dibuat kepada Majlis yang menunjukkan baki Kumpulan Wang Pentadbiran Am Majlis pada 31 haribulan Disember setiap tahun.

(3) Majlis boleh mengarahkan cara wang yang dibayar ke dalam Kumpulan Wang daripada denda atau perlucuthakan emolumen hendaklah dibelanjakan.

Dengan syarat bahawa apa-apa perbelanjaan yang dibuat hendaklah dengan cara yang memanfaatkan pegawai atau pengkhidmat Majlis secara am.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.