Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN III - TUGAS KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB




Kaedah 24. Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.

(1) Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai atau pengkhidmat untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dalam tiap-tiap hal pelanggaran mana-mana peruntukan kaedah-kaedah ini.

(2) Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya, atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melakukan pelanggaran tatatertib, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.