Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB
Prosedur Am




Kaedah 26. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menentukan jenis kesalahan tatatertib.

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 32, jika terdapat suatu pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang pegawai atau pengkhidmat, pengerusi Jawatankuasa Tatatertib hendaklah, pertamanya, sebelum memulakan apa-apa prosiding tatatertib berkenaan dengan pegawai atau pengkhidmat itu, menimbangkan sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah daripada jenis yang patut dikenakan suatu hukuman buang kerja atau turun pangkat atau suatu hukurnan yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.