Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 5. Pekerjaan luar.

(1) Kecuali setakat yang dia dikehendaki dalam perjalanan tugasnya atau diberi kuasa dengan nyata oleh Ketua Jabatannya untuk berbuat demikian, seseorang pegawai tidak boleh-

(2) Walau apa pun peruntukan subkaedah (1), seseorang pegawai atau pengkhidmat boleh memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengusahakan perkhidmatan tertentu daripada jenis yang disebutkan dalam subkaedah (1) bagi faedah dirinya atau saudara-maranya yang dekat atau bagi mana-mana badan yang tak mencari keuntungan yang dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan tersebut.

(3) Dalam menimbangkan sama ada kebenaran di bawah subkaedah (2) patut diberi atau tidak, Ketua Jabatan hendaklah mengambil perhatian akan tatakelakuan yang ditetapkan dalam kaedah 4, dan khususnya, hendaklah memastikan bahawa pekerjaan Iuar itu-

(4) Kecuali setakat yang ditetapkan selainnya oleh Majlis, segala jumlah wang yang diterima oleh seseorang pegawai atau pengkhidmat sebagai saraan kerana memberi mana-mana perkhidmatan yang disebutkan dalam subkaedah (1) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pentadbiran Am Majlis sementara menunggu keputusan tentang amaun, jika ada, yang boleh disimpan oleh pegawai atau pengkhidmat itu sendiri dan anggota kakitangannya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.