Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 22. Memulakan prosiding undang-undang dan bantuan guaman.

(1) Jika seseorang pegawai atau pengkhidmat berkehendakkan bantuan guaman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subkaedah (3) dia tidak boleh memulakan prosiding undang-undang bagi kepentingan peribadinya berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas rasminya tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada Yang Dipertua.

(2) Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang menerima notis mengenai permulaan prosiding undang-undang atau permulaan prosiding undang-undang yang dicadangkan terhadapnya berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas rasminya atau yang menerima apa-apa proses mahkamah berhubungan dengan prosiding undang-undang tersebut hendaklah dengan segera melaporkan perkara itu kepada Ketua Jabatan bagi mendapat arahan tentang sama ada dan bagaimana notis atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, proses mahkamah itu hendak diakui terima, dijawab atau dibela.

(3) Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang berkehendakkan bantuan guaman untuk mengambil dan mengarah seseorang peguambela dan peguamcara bagi maksud prosiding undang-undang berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas rasminya boleh membuat suatu permohonan kepada Yang Dipertua. Permohonan tersebut hendaklah mengandungi segala fakta dan hal keadaan kes itu berserta dengan pendapat Ketua Jabatan yang telah dipertimbangkan tentang jenis penglibatan pegawai atau pengkhidmat itu dan hendaklah dialamatkan dan dikemukakan kepada Yang Dipertua.

(4) Apabila diterima permohonan itu, Yang Dipertua boleh meluluskan atau menolak permohonan tersebut, tertakluk kepada nasihat undang-undang tentang-

dan kepada syarat tersirat selalunya bahawa, sekiranya pegawai atau pengkhidmat itu diawardkan kos oleh mahkamah apabila selesai prosiding undang-undang tersebut, tiada bayaran berkenaan dengan bantuan guaman yang diluluskan demikian akan dibuat oleh Majlis melainkan jika amaun kos yang diawardkan demikian kepadanya itu tidak mencukupi untuk membayar caj-caj mengambil dan mengarah seorang peguambela dan peguamcara.

(5) Caj untuk mengambil khidmat seseorang peguambela dan peguamcara yang diambil dan diarah oleh atau bagi pihak seseorang pegawai atau pengkhidmat dalam prosiding undang-undang berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas rasminya selain daripada dengan menurut kuasa kelulusan Yang Dipertua tidak akan dibayar oleh Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.