Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN VI - PENAHANAN KERJA DAN PENGGANTUNGAN KERJA




Kaedah 44. Penahanan kerja.

(1) Jawatankuasa Tatatertib boleh, jika difikirkannya sesuai dan patut dan setelah mengambil kira perkara-perkara yang dinyatakan dalam subkaedah (2), menahan seseorang pegawai atau pengkhidmat daripada menjalankan tugasnya jika-

(2) Dalam memutuskan sama ada seorang pegawai atau pengkhidmat patut ditahan kerja, faktor-faktor yang berikut hendaklah diambil kira oleh Jawatankuasa Tatatertib:

(3) Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang ditahan kerja hendaklah, melainkan jika dan sehingga dia digantung kerja atau dibuang kerja, dibenarkan untuk menerima tidak kurang daripada separuh emolumennya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Tatatertib.

(4) Jika Jawatankuasa Tatatertib memanggil balik seseorang pegawai atau pengkhidmat yang telah ditahan kerja dibawah subkaedah (1) untuk menjaIankan semula tugasnya sedangkan prosiding jenayah, atau prosiding tatatertib dengan tujuan untuk membuang kerja atau menurunkan pangkatnya belum selesai, peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah mempunyai kuatkuasa:

(5) Tertakluk kepada subkaedah 32 (7), jika seseorang pegawai atau pengkhidmat telah dibebaskan daripada pertuduhan jenayah, atau telah dilepaskan tetapi pelepasan itu tidak terjumlah kepada suatu pembebasan atau telah dibebaskan daripada apa-apa pertuduhan tatatertib, mana-mana bahagian emolumennya yang tidak dibayar kepadanya semasa pegawai atau pengkhidmat itu telah ditahan kerja hendaklah dibayar kepada pegawai atau pengkhidmat berkenaan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.