Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 19. Membuat pernyataan awam.

(1) Seseorang pegawai atau pengkhidmat tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain,-

dan dia juga tidak boleh menyebar apa-apa pernyataan, maklumat atau penjelasan sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu, sama ada secara am atau khusus, daripada Yang Dipertua.

(2) Walau apa pun peruntukan subkaedah (1) seseorang pegawai atau pengkhidmat tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, membuat apa-apa pernyataan awam yang memudaratkan mana-mana dasar, program atau keputusan Majlis atau yang boleh memalukan Majlis, atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-mana dasar, program atau keputusan Majlis, atau menyebarkan apa-apa pernyataan sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain.

(3) Subkaedah (2) tidaklah terpakai bagi apa-apa pernyataan awam yang dibuat atau yang disebarkan jika kandungan pernyataan itu telah diluluskan oleh Yang Dipertua di bawah subkaedah (1).

(4) Bagi maksud kaedah ini, "pernyataan awam" termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi syarahan awam atau ucapan awam atau dalam mana-mana penyiaran melalui bunyi atau penglihatan atau kedua-duanya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.