Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN IV - PROSEDUR TATATERTIB
Prosedur Dalam Kes Jika Pegawai Atau Pengkhidmat Dipertuduh Dalam Mahkamah Jenayah Atau Dikenakan Perintah Tahanan, Buang Negeri, Dsb.




Kaedah 34. Tiada tindakan tatatertib boleh diambil sementara menunggu penyelesaian prosiding jenayah.

(1) Jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai atau pengkhidmat dan masih belum selesai, tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadap pegawai atau pengkhidmat itu berasaskan alasan yang sama dengan pertuduhan jenayah yang masih belum selesai itu.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subkaedah (1) boleh ditafsirkan sebagai menghalang tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai atau pengkhidmat itu sementara menunggu penyelesaian prosiding jenayah itu berasaskan apa-apa alasan lain yang berbangkit daripada kelakuannya dalam perlaksanaan tugas-tugasnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.