Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 14. Laporan mengenai keterhutangan kewangan yang serius, dsb. daripada mahkamah dan Pegawai Pemegang Harta.

(1) Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan suatu laporan daripada Pendaftar Mahkamah Tinggi atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Pendaftar Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret berkenaan dengan apa-apa prosiding dalam mahkamah masing-masing berhubungan dengan seseorang pegawai atau pengkhidmat Majlis-

(2) Ketua Jabatan hendaklah meminta bantuan daripada Pegawai Pemegang Harta untuk menjalankan penyiasatan penuh tentang hal ehwal seseorang pegawai atau pengkhidmat yang ialah seorang bankrap atau pemakan gaji tak solven dan menyampaikan kepada Ketua Jabatan suatu laporan yang mengandungi perkara-perkara yang berikut:

(3) Ketua Jabatan hendaklah menghantar laporan yang diterima di bawah subkaedah (1) dan (2) berserta dengan laporannya mengenai kerja dan kelakuan pegawai atau pengkhidmat itu sebelum dan sejak keterhutangan kewangannya yang serius kepada Jawatankuasa Tatatertib. Setelah menimbangkan semua laporan itu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah memutuskan sama ada hendak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai atau pengkhidmat berkenaan dan, jika demikian, apa tindakan yang hendak diambil.

(4) Jika tindakan tatatertib yang diambil di bawah subkaedah (3) mengakibatkan hukurnan penangguhan pergerakan gaji, Jawatankuasa Tatatertib boleh, apabila habisnya tempoh penangguhan pergerakan gaji tersebut, memerintahkan supaya suatu amaun yang setara dengan amaun yang diterima daripada pergerakan gaji yang dipulihkan itu ditambah kepada ansuran-ansuran yang kena dibayar kepada pegawai Pemegang Harta atau mana-mana pemiutang penghakiman.

(5) Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang mendapat pembatalan kebankrapannya bolehlah dikira sebagai telah memulihkan kedudukan kewangannya dengan sepenuhnya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.