Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN VI - PENAHANAN KERJA DAN PENGGANTUNGAN KERJA




Kaedah 48. Meninggalkan negara semasa di bawah penahanan kerja atau penggantungan kerja.

(1) Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang ditahan kerja atau digantung kerja tidak boleh meninggalkan Malaysia tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Tatatertib, dan jika pegawai atau pengkhidmat tersebut sedang berkhidmat di luar Malaysia, dia boleh dipanggil balik ke Malaysia dengan serta-merta dan, sementara menunggu suatu keputusan tentang sama ada dia patut dibenarkan kembali kepada jawatannya atau dibuang kerja, dia tidak boleh meninggalkan Malaysia tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada jawatankuasa Tatatertib.

(2) Walau apa pun peruntukan subkaedah 44 (3) dan 45 (3), Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk memberhentikan pembayaran apa-apa emolumen kepada seseorang pegawai atau pengkhidmat yang ditahan kerja dan yang telah meninggalkan Malaysia tanpa kebenaran bertulis dahulu daripada Jawatankuasa Tatatertib.

(3) Walau apa pun peruntukan subkaedah (1), jika, prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai atau pengkhidmat di negara asing, pegawai itu hendaklah ditahan kerja mengikut kaedah 44 dan hendaklah diletakkan dalam jagaan Perwakilan Malaysia di negara itu dan dia tidak boleh dibenarkan meninggalkan negara itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.