Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 15. Meminjamkan wang.

(1) Seseorang pegawai atau pengkhidmat tidak boleh meminjamkan wang dengan bunga sama ada dengan cagaran atau tanpa cagaran.

(2) Penyimpanan wang secara deposit tetap dalam mana-mana bank atau dalam suatu akaun dalam mana-mana bank atau dalam mana­mana syarikat kewangan berlesen atau dalam mana-mana sekuriti atau saham yang diterbitkan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana badan berkanun tidaklah dianggap sebagai meminjamkan wang dengan bunga bagi maksud subkaedah (1).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.