Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 13. Keterhutangan kewangan yangserius.

(1) Seseorang pegawai atau pengkhidmat tidak boleh dengan apa-apa jua cara pun menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. Bagi maksud kaedah-kaedah ini, ungkapan "keterhutangan kewangan yang serius" ertinya keadaan keterhutangan seseorang pegawai atau pengkhidmat yang mengambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius terhadap dirinya.

(2) Tanpa menjejaskan peruntukan subkaedah (1) seseorang pegawai atau pengkhidmat hendaklah disifatkan sebagai dalam keterhutangan kewangan yang serius-

(3) Keterhutangan kewangan yang serius kerana apa jua pun sebab selain daripada malang yang tidak dapat dielakkan yang tidak disebabkan dengan apa-apa cara oleh pegawai atau pengkhidmat itu sendiri hendaklah dianggap memburukkan nama Majlis dan hendaklah menyebabkan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(4) Jika keterhutangan kewangan yang serius yang telah berlaku itu adalah disebabkan oleh malang yang tidak dapat dielakkan, Majlis boleh memberi kepada pegawai atau pengkhidmat itu apa-apa bantuan yang didapati wajar mengikut hal keadaannya.

(5) Jika seseorang pegawai atau pengkhidmat mendapati bahawa hutangnya menyebabkan atau mungkin menyebabkan keterhutangan kewangan yang serius kepadanya, maka dia hendaklah serta-merta melaporkan fakla ini kepada Ketua Jabatan.

(6) Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang gagal melaporkan atau melengahkan dalam melaporkan keterhutangan kewangannya yang serius atau yang melaporkannya tetapi gagal mendedahkan hutangnya dengan sepenuhnya atau memberi keterangan yang palsu atau yang mengelirukan mengenainya adalah melakukan suatu pelanggaran tatatertib yang serius (walau apa pun yang mula-mula menyebabkan keterhutangan kewangan itu), dan boleh menyebabkan dirinya dikenakan tindakan tatatertib.

(7) Tanpa mennjejaskan peruntukan-peruntukan kaedah ini, jika hutang seseorang pegawai atau pengkhidmat terjumlah kepada keterhutangan kewangan yang serius tetapi dia belum dihukum sebagai seorang bankrap atau sebagai seorang pemakan gaji tak solven, Ketua Jabatan hendaklah mengkaji semula kes itu dari semasa ke semasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.