Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 10. Pemunyaan harta.

(1) Tertakluk kepada subkaedah (2), seseorang pegawai atau pengkhidmat hendaklah, dalam hal perlantikan pertama, dalam masa tiga bulan selepas perlantikannya sebagai seorang pegawai atau pengkhidmat Majlis dan, dalam mana-mana hal lain, dalam masa tiga bulan selepas penyiaran kaedah-kaedah ini dalam Warta, mengisytiharkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatan segala harta yang dipunyai olehnya, isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suami atau anaknya. Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang tidak mempunyai apa-apa harta hendaklah dengan demikian mengisytiharkan secara bertulis keadaan sedemikian.

(2) Seseorang pegawai atau pengkhidmat yang berkhidmat tidak perlu mengisytiharkan di bawah subkaedah (1) mana-mana harta yang telah diisytiharkan olehnya sebelum penyiaran kaedah-kaedah ini.

(3) Jika, selepas membuat pengisytiharan di bawah subkaedah (1), seseorang pegawai atau pengkhidmat atau isteri atau suaminya atau anaknya memperolehi apa-apa harta, sama ada secara langsung atau tak langsung, atau melupuskan apa-apa harta yang telah diperolehi olehnya atau mereka, dia hendaklah dengan segera mengisytiharkan pemerolehan atau pelupusan harta itu kepada Jawatankuasa Tatatertib melalui Ketua Jabatan.

(4) Jika seseorang pegawai atau pengkhidmat atau isteri atau suaminya atau anaknya bercadang hendak memperoleh apa-apa harta, dan perolehan yang dicadangkan itu tak konsisten dengan tatakelakuan yang ditetapkan dalam kaedah, pemerolehan itu tidaklah boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis diperoleh terlebih dahulu oleh pegawai atau pengkhidmat itu daripada Jawatankuasa Tatatertib.

(5) Dalam memutuskan sama ada hendak memberikan kebenaran atau tidak di bawah subkaedah (4), Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut:

(6) Jika Jawatankuasa Tatatertib berpuas hati dengan pengisytiharan harta yang dibuat oleh pegawai atau pengkhidmat itu ia hendaklah mengarahkan Ketua Jabatan merekodkan di dalam Rekod Perkhidmatan pegawai atau pengkhidmat itu bahawa pengisytiharan itu telah dibuat.

(7) Di dalam kaedah ini-

"anak" termasuklah anak angkat tetapi tidak termasuk anak yang bukan di bawah tanggungan pegawai atau pengkhidmat itu;

"harta" termasuklah harta daripada apa-apa perihalan, sama ada harta alih atau tak alih, yang ditetapkan oleh Majlis dari semasa ke semasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.