Kn. P.U. 06/99
KAEDAH-KAEDAH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

BAHAGIAN II - KELAKUAN




Kaedah 7. Dadah.

(1) Seseorang pegawai atau pengkhidmatan tidak boleh menggunakan atau mengambil (kecuali bagi maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]) atau menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya.

(2) Perkhidmatan seseorang pegawai atau pengkhidmat yang diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai menggunakan, mengambil (selain daripada maksud perubatan), menyalahgunakan, atau menagih dadah berbahaya berlanggaran dengan subkaedah (1) boleh ditamatkan demi kepentingan awam di bawah kaedah 49.

(3) Bagi maksud kaedah ini, "dadah berbahaya" ertinya apa-apa dadah atau bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234.].



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.