M.P.U. 8/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (KOS DAN ELAUN) 2004




Jadual Pertama - Bahagian I

SKALA KOS

Bil
Butiran
Mahkamah
Rendah
Syariah
(RM)
Mahkamah
Tinggi
Syariah
(RM)
Mahkamah
Rayuan
Syariah
(RM)
Catatan

BAHAGIAN I

PERMULAAN, DSB., PROSIDING

1.
Menyediakan, mengeluarkan, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak, saman atau
permohonan
30.00
40.00
40.00

2.
Mengeluarkan dan menyampaikan kepada satu pihak saman serentak atau permohonan serentak
4.00
6.00
6.00

3.
Memperbaharui saman, termasuk menyediakan dan memfailkan permohonan dan afidavit, menghadiri semasa permohonan untuk pembaharuan dan mendapatkan perintah
25.00
30.00
30.00

4.
Menyediakan, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak pembelaan atau pliding lain
30.00
40.00
40.00

5.
Menyediakan, memfailkan dan menyampaikan kepada satu pihak butir-butir pliding dan menyediakan dan menyampaikan kepada satu
pihak, permintaan mendapatkan butir-butir sedemikian
15.00
15.00
15.00

6.
Menyediakan pindaan kepada dokumen yang disebut dalam butiran 1 atau 4, memfailkan dan
menyampaikan kepada satu pihak, dokumen terpinda
10.00
15.00
15.00

7.
Menyediakan, mengeluarkan dan memfailkan apa-apa dokumen, menghadiri semasa apa-apa kerja lain yang perlu untuk mendapatkan—

    (a) perintah untuk penyampaian ganti bagi apa-apa dokumen;
    (b) perintah memberikan kebenaran untuk menyampaikan apa-apa dokumen di luar bidang kuasa:
dan mendapatkan perintah
25.00
30.00
30.00



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.