M.P.U. 8/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (KOS DAN ELAUN) 2004




Jadual Pertama - Bahagian IX

Kos menurut budi bicara

1. (1) Jika dalam peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas dalam Jadual ini ada dicatatkan dalam Ruang Kedua dan Ketiga perkataan “Menurut budi bicara”, maka amaun kos yang hendak dibenarkan berkenaan dengan butiran tersebut hendaklah (tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah yang menentukan kos yang hendak dibenarkan) mengikut budi bicara Hakim atau Pendaftar.

(2) Dalam menjalankan budi bicaranya di bawah perenggan ini, Hakim atau Pendaftar hendaklah memberi perhatian kepada semua hal keadaan yang relevan, dan khususnya kepada—

Kehadiran di Kamar

2. (1) Peruntukan-peruntukan berikut dalam perenggan ini terpakai berhubungan dengan tiap-tiap pendengaran dalam Kamar.

Kehadiran di hadapan Pendaftar

3. Atas apa-apa kehadiran di hadapan Hakim atau Pendaftar bagi maksud menyelesaikan terma-terma dan memberi apa-apa perintah atau penghakiman, jika ternyata kepada Hakim atau Pendaftar bahawa kehadiran itu adalah suatu keadaan yang khas atau kepanjangan atau kesukaran yang luar biasa, maka Hakim atau Pendaftar boleh, jika diminta berbuat demikian oleh mana-mana pihak, mengeluarkan suatu perakuan bagi maksud tersebut, Hakim atau Pendaftar dalam menetapkan kos
yang hendak dibenarkan bagi kehadiran itu hendaklah mengambil kira perakuan tersebut.

Salinan-salinan dokumen

4. (1) Maka hendaklah dibenarkan, bagi pencetakan salinan apa-apa dokumen bercetak, amaun yang sepatutnya dibayar kepada pencetak, dan jika mana-mana bahagian daripada sesuatu dokumen dicetak dengan sepatutnya dalam suatu bahasa asing atau sebahagian suatu faksimili atau mengikut apa-apa cara yang luar biasa atau khas, atau jika apa-apa perubahan menjadi perlu selepas pruf pertama bagi dokumen itu, maka hendaklah dibenarkan suatu amaun sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Hakim atau Pendaftar, dan amaun tersebut hendaklah termasuk apa-apa kehadiran di hadapan percetakan.
(4) Elaun di bawah butiran 48 Jadual ini tidaklah boleh dibuat berhubungan dengan salinan-salinan bercetak bagi dokumen untuk kegunaan Mahkamah atau peguam jika salinan-salinan bertulis telah dibuat sebelum pencetakan, dan tidaklah boleh dibuat lebih daripada sekali dalam kuasa atau perkara yang sama.

(5) Elaun-elaun di bawah Jadual ini untuk menyediakan apa-apa pliding, saman, afidavit atau dokumen lain hendaklah dikira sebagai termasuk elaun untuk menyediakan apa-apa salinan perlu yang dibuat untuk kegunaan peguam syarie dan kliennya atau, dalam hal suatu pliding atau saman, untuk penyampaian.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.