M. P.U. 9/90
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1989




Kaedah 4. Sijil Peguam Syarie.

(1) Tiada seseorang pun boleh mengamal sebagai Peguam Syarie melainkan dengan suatu sijil yang dikeluarkan oleh Kadi Besar dalam Borang B dalam Jadual.

(2) Mana-mana permohonan untuk sijil atau membaharuinya hendaklah dibuat dalam Borang C dalam Jadual.

(3) Fee untuk sijil tersebut atau pembaharuannya adalah sebanyak satu ratus ringgit, kena dibayar apabila dikeluarkan sijil tersebut.

(4) Sijil yang dikeluarkan di bawah kaedah ini, hendaklah sah untuk suatu tempoh dari tarikh ia dikeluarkan dan akan tamat pada 31 haribulan Disember dalam tahun ianya dikeluarkan.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.