M. P.U. 9/90
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1989




Kaedah 5. Buku Daftar Peguam Syarie.

(1) Apabila dikeluarkan tiap-tiap sijil, Kadi Besar hendaklah mengarah supaya dicatatkan dalam daftar yang dinamakan Buku Daftar Peguam Syarie, butir-butir yang terkandung dalam borang permohonan yang dikemukakan di bawah kaedah-kaedah 3 dan 4. Daftar tersebut hendaklah terbuka untuk pemeriksaan dalam masa-masa waktu bekerja rasmi dengan percuma.

(2) Jika ada apa-apa perubahan tentang butir-butir di dalam borang permohonan mengenai mana-mana Peguam Syarie, ia hendaklah dalam tempoh satu bulan daripada tarikh tersebut memberitahu Kadi Besar, dan Kadi Besar hendaklah dengan itu mengarahkan supaya catatan mengenai Peguam Syarie itu dibuat di dalam Buku Daftar Peguam Syarie.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.