M.P.U. 6/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (SULH) 2004




Kaedah 6. Penghakiman persetujuan.

Jika kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan tindakan itu, keseluruhan atau sebahagiannya, Pengerusi hendaklah menyediakan draf persetujuan dan mengemukakannya kepada pihak-pihak itu untuk disahkan dan hendaklah ditandatangani oleh mereka di hadapan Pengerusi dan, selepas itu Pengerusi hendaklah menyampaikan draf persetujuan itu kepada Mahkamah untuk direkodkan sebagai suatu penghakiman atas persetujuan, di bawah seksyen 131 Enakmen.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.