M. P.U. 5/2013
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) (PUNGUTAN KHAIRAT) 2012
BAHAGIAN III – PERUNTUKAN AM




Peraturan 12. Kesalahan

(1) Tiada seorang pun boleh menjalankan pungutan khairat di Negeri Melaka, melainkan dia telah mendapat Surat Kebenaran daripada Majlis di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) atau mana-mana syarat yang ditetapkan dalam Surat Kebenaran Pungutan Khairat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.