M. P.U. 5/2013
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) (PUNGUTAN KHAIRAT) 2012
BAHAGIAN II - PERMOHONAN




Peraturan 3. Permohonan

(1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk membuat pungutan khairat hendaklah mengemukakan permohonan kepada Majlis mengikut Borang 1 dalam Jadual Pertama.

(2) Setiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha Majlis dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen yang perlu.

(3) Jika pemohon seorang warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Melaka, dia hendaklah mengemukakan—

(4) Jika pemohon seorang warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negeri Melaka, dia hendaklah mengemukakan—

(5) Tiada kebenaran boleh diberikan kepada permohonan oleh seorang yang bukan warganegara melainkan seorang warganegara Malaysia telah dilantik bagi menguruskan pungutan khairat tersebut bagi pihaknya mengikut syarat di subperaturan 4 atau 5.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.