M. P.U. 5/2013
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) (PUNGUTAN KHAIRAT) 2012
BAHAGIAN II - PERMOHONAN




Peraturan 7. Cara Pengurusan Pungutan

(1) Pungutan khairat hendaklah dibuat di premis atau kawasan yang berada di bawah kawalan Majlis atau Jabatan Agama Islam Melaka sahaja seperti masjid, surau dan sekolah agama.

(2) Pungutan khairat yang dijalankan di tempat-tempat awam atau premis-premis lain hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak polis atau pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu;

(3) Pungutan khairat boleh dibuat samada melalui tunai, cek, kiriman wang pos atau lain-lain cara pembayaran yang dibenarkan oleh Majlis.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.