M.P.U. 6/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (SULH) 2004




Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain—

“Enakmen” ertinya Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen No. 13 tahun 2002];

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis Sulh yang disebut dalam perenggan 5(1);

“pegawai awam” termasuklah Pendaftar, Pegawai Syariah dan seseorang Pegawai Undang-Undang yang dilantik di bawah seksyen 3(2) Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26];

“pendengaran” ertinya apa-apa prosiding dalam Mahkamah terbuka atau dalam kamar.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.