M. P.U. 5/2013
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) (PUNGUTAN KHAIRAT) 2012
BAHAGIAN 1 – PERMULAAN




Peraturan 2. Tafsiran

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Baitulmal” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 69 Enakmen;

“Enakmen” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Melaka;

“Orang” termasuklah kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;

“Pungutan khairat” ertinya pungutan wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi manfaat orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak termasuklah saham wakaf;

“Surat Kebenaran” ertinya Surat Kebenaran Pungutan Khairat yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.