M.P.U. 6/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (SULH) 2004




Kaedah 5. Tatacara sulh.

(1) Sulh hendaklah diadakan dalam suatu Majlis yang dihadiri oleh kedua-dua pihak dan dipengerusikan oleh Pendaftar atau mana-mana pegawai awam yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie bagi maksud itu.

(2) Dalam Majlis Sulh, pihak-pihak hendaklah hadir sendiri dan tiada Peguam Syarie boleh hadir atau bertindak sedemikian bagi mana-mana pihak dan tiada bagi sesuatu pihakpun boleh diwakili oleh mana-mana lain tanpa kebenaran Pengerusi.

(3) Pengerusi hendaklah, bila mana mungkin, membantu pihak-pihak untuk mencapai penyelesaian dalam pertikaian yang menjadi hal perkara sulh tersebut dan hendaklah memberi setiap mereka peluang untuk didengar, mengambil keterangan daripada pihak-pihak itu, menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan dan boleh, jika difikirkan perlu, menangguhkan Majlis itu dari semasa ke semasa.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.