M. P.U. 9/90
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1989




Kaedah 3. Penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie.

(1) Tiap-tiap seorang yang ingin untuk diterima masuk dan didaftarkan sebagai Peguam Syarie dalam Negeri Melaka hendaklah membuat suatu permohonan kepada Kadi Besar dalam Borang A dalam Jadual.

(2) Fee permohonan adalah lima puluh ringgit, dan tiada bahagian darinya akan dibayar balik apabila permohonan itu tidak diluluskan.

(3) Kadi Besar hendaklah, selepas berpuas hati bahawa permohonan itu adalah teratur, menerima dan mendaftar orang itu sebagai Peguam Syarie.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.