M.P.U. 6/2004
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (SULH) 2004




Kaedah 1. Nama dan permulaan kuat kuasa.

(1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Sulh) 2004.

(2) Kaedah-Kaedah ini hendaklah mula berkuat kuasa pada 15 Februari 2004.

(3) Kaedah-kaedah ini tidak terpakai bagi sesuatu permohonan untuk mendapat perceraian di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen No. 12 tahun 2002], dan prosiding selanjutnya berkenaan dengannya hendaklah dijalankan mengikut Enakmen itu.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.