M. P.U. 5/2013
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) (PUNGUTAN KHAIRAT) 2012
BAHAGIAN III – PERUNTUKAN AM




Peraturan 11. Pungutan bagi projek terbengkalai diserahkan kepada Baitulmal

(1) Jika projek pembinaan atau membaikpulih masjid, surau, sekolah Islam atau bangunan lain yang seumpamanya Surat Kebenaran dikeluarkan di bawah Peraturan ini dibatalkan semasa atau selepas pungutan itu dibuat, segala hasil pungutan yang terkumpul bagi projek tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

(2) Pemohon boleh memohon untuk mendapatkan balik hasil pungutan yang diserahkan itu dalam tempoh tiga tahun daripada tarikh hasil pungutan itu diserahkan sekiranya projek pembinaan atau membaikpulih bangunan itu diteruskan dalam tempoh tersebut.


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.