M. P.U. 5/2013
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) (PUNGUTAN KHAIRAT) 2012
BAHAGIAN IV – CARUMAN KEPADA BAITUL MAL




Peraturan 13. Caruman oleh pekerja-pekerja beragama Islam

(1) Seseorang pekerja yang beragama Islam boleh pada bila-bila masa mencarum secara sukarela kepada Baitulmal sejumlah wang dipotong daripada emolumennya pada setiap bulan dengan memberi notis bertulis kepada majikannya dengan menyatakan maksudnya yang sedemikian.

(2) Majikan pekerja beragama Islam itu hendaklah seberapa segera selepas itu membuat potongan bulanan dengan meremitkan amaun potongan tersebut kepada Baitulmal mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis yang diterima daripada pekerjanya itu.

(3) Mana-mana majikan yang memotong apa-apa amaun caruman daripada emolumen seorang pekerja beragama Islam mengikut subperaturan (2) dan gagal membayar caruman itu atau mana-mana bahagiannya kepada Baitulmal adalah melakukan kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.

(4) Tanpa menyentuh subperaturan (1), seseorang pekerja, boleh pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada majikannya—
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.